KAHERAH 21 Nov. - Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan anggota pasukan keselamatan di Dataran Tahrir yang masuk hari ketiga semakin memburuk hari ini, dengan angka korban meningkat kepada 22 orang.
KUWAIT CITY 21 Nov. - Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah menegaskan, beliau tidak akan tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan yang mendesak agar Perdana Menteri dipecat dan Parlimen dibubarkan.
PHNOM PENH 21 Nov. - Tiga pemimpin utama Khmer Rouge hari ini didakwa di mahkamah jenayah perang Kemboja yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas tuduhan melakukan pembunuhan kaum dan kekejaman lain.
NEW YORK 21 Nov. - Polis New York menahan seorang pengikut ulama kelahiran Amerika Syarikat (AS), Anwar al-Awlaki kerana disyaki sedang membina bom paip yang dirancang digunakan untuk menyerang tentera AS yang kembali dari Iraq dan Afghanistan, kata pegawai, semalam.
SINGAPURA 21 Nov. - Polis Singapura sedang menjalankan siasatan kes anggota tentera kebangsaan (NSF) yang menyiarkan gambar ayat mencemuh Islam di dalam akaun Facebook selepas menerima laporan di bawah Akta Hasutan.
JAKARTA 21 Nov. – Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) memanggil Timbalan Menteri Perusahaan Negara, Mahmudin Yasin sebagai saksi berhubung kes rasuah yang membabitkan penjualan tanah syarikat milik kerajaan, PT Barata Indonesia.
BERLIN 21 Nov. - Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android kini menjadi mangsa terbaru dalam kegiatan jenayah siber.
No comments:
Post a Comment