PUTRAJAYA 21 Nov. - Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan keganasan yang mengancam negara.
PUTRAJAYA 21 Nov. – Kementerian Pelajaran akan mengaplikasikan amalan-amalan baik yang dipraktiskan oleh sekolah-sekolah biasa sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
PUTRAJAYA 21 Nov. - Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan percaya suasana harmoni di universiti dapat diwujudkan dengan adanya sikap kebertanggungjawaban di kalangan para mahasiswa itu sendiri.
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pementasan teater Badai Semalam yang berakhir malam semalam mencatatkan rekod untuk Istana Budaya (IB) apabila menarik 18,000 penonton menerusi 14 persembahannya.
PENDANG 21 Nov. - Wanita Islam diharamkan menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Lima peserta beragama Islam yang menyertai Miss Borneo 2011 semalam wajib bertaubat dengan segera kerana telah melanggar perintah Allah SWT dan juga agama.
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Wanita Malaysia perlu melangkah lebih jauh daripada pencapaian sekarang dan bangkit ke tahap lebih tinggi selaras dengan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara maju.
KUALA TERENGGANU 21 Nov. – Hujan lebat kadangkala berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua buah kampung di negeri ini, masing-masing di daerah Setiu dan Hulu Terengganu dilanda banjir.
PUTRAJAYA 21 Nov. – Penubuhan Majlis Benih Negara (NSC) dapat mengurangkan import benih dari luar negara dan juga meningkatkan keupayaan industri pertanian tempatan menghasilkan baka benih berkualiti.
PUTRAJAYA 21 Nov. - Jabatan Imigresen melalui produk MyOnline Passport diangkat sebagai johan Pertandingan Inovasi anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari ini.
KUALA KRAU 21 Nov. - Sepasang suami isteri dari Kampung Paya Luas dekat sini tabah mengharungi kehidupan untuk menjaga lapan daripada 13 anaknya, termasuk dua cucu yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kerajaan mengambil serius tindakan penganjur Sukan SEA XXVI melambat-lambatkan upacara penyampaian pingat menyebabkan kuartet emas 4x400 meter lelaki negara tidak sempat menaiki podium untuk menerima pingat masing-masing.
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Projek-projek komersial yang akan dibangunkan di ibu kota diwajib menggunakan bahasa Melayu kecuali melibatkan nama khas.
KENINGAU 21 Nov. – Empat maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori membawa ikan dan sebuah van di Kilometer 3 Jalan Keningau-Tenom, berhampiran Kampung Kauran di sini, hari ini.
KUANTAN 21 Nov. – Tiga termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun maut dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 3 Jalan Raub-Bukit Koman, berdekatan Wisma Persekutuan Raub, semalam.
No comments:
Post a Comment